Jumaat, 17 Februari 2012



Asal Hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam


1.APA ITU HARI VALENTINE 

Hari Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

2.ASAL-USULVersi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah,perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.

3.PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTANBahawa amalan merayakan amalan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.Roh perayaan tersebut mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta di- larang dalam Islam.

4.KONSEP KASIH SAYANG ISLAMKasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam.Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan Islam.Konsep sebenar kasih sayang yang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasrkan panduan Allah.

5.CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTAIa dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa,mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengan tindakan yang menjerumus ke arah zina.
Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadhan dan berusaha menjadi Muslim dengan keimanannya 100% kepada Allah dan sentasa menjaga batasan aurat.

6.CINTA SEBELUM PERKAHWINANIni berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah.Merka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.

7.PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIAPeraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan,tiada hukum-Nya yang dilanggar.

8.CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIALetakkan asas cinta kepada cintakan Allah S.W.T."Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku".(az-Zariyat,51:56)

9.CINTA SEBELUM KAHWINCinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.

10.TEGAHAN SAMBUTANIslam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas,zina,dan hamil tanpa nikah.Paling menyedihkan,ia berlaku kepada masyarakat Melayu,khususnya yang beragama Islam.