
"Soutun Nida'" iaitu suara seruan.... blog ini merupakan suara-suara para daie dengan berlandaskan "amar ma'ruf nahi mungkar"..... insyaAllah...
Memaparkan catatan dengan label Laporan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laporan. Papar semua catatan
Ahad, 18 September 2011
Isnin, 27 Disember 2010
## TaZkIrAh DaKwAh ##
Semasa kami menimba ilmu di UNISZA, kami juga telah menagdakan program tazkirah di mana setiap pelajar kelas dakwah wajib memberi tazkirah pada setiap akhir kelas. Program ini telah diadakan berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Pelajar diberi masa untuk bersiap sedia untuk memberi tazkirah. disamping menimba ilmu, program ini dapat melatih kami untuk meningkatkan keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai. Program ini juga telah memberi pelbagai input kepada kami sesmua. sesungguhnya pesan berpesan adalah amalan yang mulia kerana kita ni mudah lupa. program ini dapat menginsafkan diri sekaligus memuhasabahkan diri pada setiapo hari INSYAALLAH....
Sabtu, 11 Disember 2010
BBQ DaKwAh KiTa.. (mUsLiMiN)
mAjLiS kEsYuKuRaN
Majlis kesyukuran ini diadakan bertujuan atas kesyukuran kami kerana dah habis menamatkan pembelajaran untuk sem satu. majlis ini berlangsung sebelum cuti study week. Ia diadakan di blok G selepas isya'. Pada masa yang sama kami menjemput miss Asma untuk menjayakan lagi program kami. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar sekali. Santapan kami pada malam tersebut sangat sedap dan enak sekali. iaitu nasi & lauk ayam masak merah, ada satay, air oren dan air koktail... hehehe apa-apa pun malam itu menjadi kenangan yang indah buat kami walaupun ada sedikit masalah dari pelbagai aspek.
#-- MisS NuRuL aSmA --#
### kEnAnGaN bErSaMa MiSs AsMa ###
TaUtAn UkHwAh !!!!
Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan
Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan
Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa
Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
RaYa La PuLaK !!!!!!
Selepas cuti Raya aidilfitri, kami adakan majlis jamuan raya bagi menyambut hari raya. Semua berpakaian seperti di hari raya, yang muslimin berbaju melayu dan muslimat ada yang memakai baju kurung dan berjubah. Yang pasti malam tu semua glamoursss pakaiannya.. jamuan ini diadakan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Makanan utama adalah kuih raya yang dibawa oleh muslimat... pelbagai jenis kuih raya yang ada sehinggakan tak habiss dimakan. selain itu terdapat juga makanan asasi (berat) iaitu nasi lemak yang ditempah di cafe haris... aktiviti pada malam itu hanya makan sambil tengok movie tentang dajjal dan dunia akhir zaman.
Jumaat, 10 Disember 2010
Majlis Berbuka Puasa "iFtAr JaMaIe"
"Iftar Jamaie" merupakan majlis pertama yang diadakan dan diuruskan oleh semua ahli. Majlis ini berlangsung pada 30 Ogos 2010 iaitu hari isnin di cafe halimatun saadiah atau nama glamournye Cafe HS. Majlis tersebut bermula pada jam 5.15 pm dan semua orang berpakaian baju melayu lengkap bagi muslimin manakala bagi muslimat pula berpakaian baju kurung (sopan). Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi iaitu Amirul Asyraff dan disambung ucapan terima kasih oleh Timb. Pengerusi kelas iaitu nur wahida. selepas itu majlis disambung dengan cabutan ucapan ringkas. serta sedikit ceramah dari ustaz Amirul Amin. majlis berbuka puasa ini dilakukan secara buffet iaitu nasi ayam, 2 jenis kuih, sejenis buah serta air. majlis berbuka puasa berlangsung dengan begitu meriah sekali.
Selepas habis berbuka puasa kami solat maghrib, isya' dan terawih berjemaah di surau Farabi. ketika itu kami dapat merapakan kasih sayang antara kami dan jalinan ukhwah yang semakin kian menjalar di dalam lubuk hati. kemudian, pada jam 10.00pm kami bergegas ke blok ali 03 untuk majlis seterusnya. 3 slideshow telah ditayangkan. Slot muhasabah juga dijalankan oleh pengerusi, tangisan dan keinsafan meresap dihati, tanpa sedari air mata menitis kepipi. pengerusi menceritakan mengenai sahabat... sahabat sejati...
Alhamdulillah majlis ini dijalankan dengan jayanya.. kenangan manis telah dibina pada malam tersebut. insyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)







