Jumaat, 10 Disember 2010

Majlis Berbuka Puasa "iFtAr JaMaIe"

"Iftar Jamaie" merupakan majlis pertama yang diadakan dan diuruskan oleh semua ahli. Majlis ini berlangsung pada 30 Ogos 2010 iaitu hari isnin di cafe halimatun saadiah atau nama glamournye Cafe HS. Majlis tersebut bermula pada jam 5.15 pm dan semua orang berpakaian baju melayu lengkap bagi muslimin manakala bagi muslimat pula berpakaian baju kurung (sopan). Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi iaitu Amirul Asyraff dan disambung  ucapan terima kasih oleh Timb. Pengerusi kelas iaitu nur wahida. selepas itu majlis disambung dengan cabutan ucapan ringkas. serta sedikit ceramah dari ustaz Amirul Amin. majlis berbuka puasa ini dilakukan secara buffet iaitu nasi ayam, 2 jenis kuih, sejenis buah serta air. majlis berbuka puasa berlangsung dengan begitu meriah sekali.
Selepas habis berbuka puasa kami solat maghrib, isya' dan terawih berjemaah di surau Farabi. ketika itu kami dapat merapakan kasih sayang antara kami dan jalinan ukhwah yang semakin kian menjalar di dalam lubuk hati. kemudian, pada jam 10.00pm kami bergegas ke blok ali 03 untuk majlis seterusnya. 3 slideshow telah ditayangkan. Slot muhasabah juga dijalankan oleh pengerusi, tangisan dan keinsafan meresap dihati, tanpa sedari air mata menitis kepipi. pengerusi menceritakan mengenai sahabat... sahabat sejati...
Alhamdulillah majlis ini dijalankan dengan jayanya.. kenangan manis telah dibina pada malam tersebut. insyaAllah.  







Tiada ulasan:

Catat Ulasan