Jumaat, 10 Disember 2010

AbOuT uS...

Pada 4 Julai 2010 kami melangkah kaki kanan kami ke Universiti Sultan Zainal Abidin dengan seribu harapan, seribu cabaran,seribu pengalaman demi mencari keredhaan Allah s.w.t. Teruja kian terasa apabila kami dapat melanjutkan pelajaran kami di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati ini dan bersyukurnya dengan rezkinya..

Minggu pertama kami melalui proses perkenalan bersama unisza (Minggu 1 SISWA). pelbagai ilmu dan pelajaran yang elah kami peroleh. ketakutan untuk menghadapi cabaran baru juga kian terasa. mahu ataupun tidak, KAMI pasti boleh !! Pada 11 Julai 2010 kami bermula belajar di dalam kelas dalam bidang DPI dakwah. Kami terdiri daripada 47 orang muslimin dan muslimat. Pada sem pertama kami wajib mengambil 8 subjek iaitu:-

  • UIU 1022    Fiqh Ibadat
  • IKF 1012    Asas Teknologi Maklumat
  • IBF 1012    Mutala'ah & Ta'bir
  • UBI 1012    English 1
  • UBA 1022   Bahasa Arab Ugama
  • IQF 1072    Tafsir
  • IQF 1022    Hadith
  • IBF 1032    Nahu & Saraf
hari demi hari berlalu begitu pantas, pelbagai kenangan manis dan pahit telah kami lakarkan sedikit demi sedekit.banyak pengalaman yang telah kami peroleh semenjak bergelar seorang siswa.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan kuasa dan keizinanNya dapat kami membina blog ini yang bertujuan urusan dan laporan antara kami. Disamping itu blog ini juga akan memaparkan beberapa artikel yang berkaitan dengan isu-isu semasa. insyaAllah.

Gambar Kenangan Kami Selama Di Unisza:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan